Mulakan Perniagaan Kopi Jenama Sendiri Anda Bersama Coffee Omega

kopi jenama sendiri

Mulakan perniagaan kopi jenama sendiri anda bersama pengilang kopi yang ingin membantu anda…

Adakah anda seorang yang menggemari minuman kopi? Kemungkinan anda juga seorang yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam tentang kopi sehingga anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan kopi jenama anda sendiri?

Kami di Coffee Omega ingin membantu usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan kopi jenama sendiri ataupun dipanggil pengilang kopi OEM.

Bagaimana kami boleh membantu anda buat produk kopi jenama sendiri? Baca lah seterusnya…

Untuk mencipta kopi yang bermutu tinggi, ianya boleh menelan kos yang tinggi jika anda tidak tahu selok belok dunia perniagaan kopi ini. Kami bernasib baik apabila kami mempunyai kenalan yang berpengaruh dalam bidang kopi ini, malah beliau sebagai generasi kedua yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, telah mengkongsikan segala ilmu dan kepakaran beliau kepada kami kerana dia mempercayai kami boleh membawa produk kopi ini kepada peringkat seterusnya dan suka kepada konsep kami yang ingin membantu usahawan…

Kami telah mencuba menjadi lebih innovatif dalam mengabungkan kopi premium dengan herba untuk menambahkan khasiat yang anda boleh perolehi daripada kopi kami dengan tambahan rasa yang sesuai dan sedap untuk diminum.

Ya, formula kopi kami unik dan kami pakar dalam bidang kopi. Kami tidak buat OEM lain seperti make up atau kosmetik. Kami hanya menumpukan fokus kami kepada kopi…

Dengan formulasi rahsia ini, kami ingin kongsikannya kepada usahawan-usahawan yang ingin memiliki kopi jenama sendiri dan pada masa yang sama dapat menikmati kopi premium yang mempunyai harga yang berpatutan dimana pelanggan anda boleh nikmatinya bersama.

Konsep kilang kami berbanding pengilang kopi yang lain ialah kami memahami pengusaha dan kami lebih bersikap terbuka terhadap kehendak anda. Dengan kelainan yang kami bawakan ini, anda akan terkejut kerana harga kopi premium ini tidaklah semahal yang anda sangkakan.

Anda tidak  memerlukan baget yang tinggi untuk memulakan bisnes kopi jenama sendiri…

Kami paham yang anda juga perlu untuk memperuntukkan baget untuk bahagian perniagaan yang lain seperti aspek pemasaran,dan ianya adalah salah satu bahagian yang penting dalam sesuatu perniagaan bukan?

Jadi kami disini ingin membantu pengusaha-pengusaha yang berminat dalam perniagaan kopi ini untuk membina perniagaan kopi jenama sendiri dengan kadar permintaan seperti MOQ (Minimum Quantity Order) yang amat fleksibel.

Kami amat mementingkan konsep “win-win situation”…

Dengan berasaskan konsep ini…

Kami bersedia memahami, mendengar dan cuba sedaya upaya kami untuk bekerjasama dengan anda dalam merealisasikan cita-cita anda untuk memiliki kopi jenama anda sendiri…

Kami bersedia membantu anda untuk jangkamasa yang pendek, dan juga untuk jangkamasa yang panjang, secara tidak langsung kita telah bergabung dan membantu diantara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai ramuan yang tersendiri untuk membuat jenis kopi jenama anda, kami boleh membantu dengan menawarkan khidmat kami dengan membantu anda R&D.

Antara kopi yang kami boleh hasilkan untuk jenama anda adalah kopi putih, kopi durian (!?), kopi hijau, kopi fiber, kopi astaxanthin, kopi herba (habbatus, guarana, tongkat ali etc) dan banyak lagi…

Jadi hubungilah kami dan luahkan pendapat anda, idea-idea bernas anda dalam merealisasikan bagaimana hala tuju anda dalam penjenamaan kopi jenama sendiri.

Alamat kilang kopi Coffee Omega :

waze-logo-compressedmini

Waze: Coffee Omega

Omega Edge Resources
No. 187, Jalan KIP 6
Taman Perindustrian KIP
Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur
Malaysia

whatsapp-logo-+60169007616
>>Klik Di Sini Untuk WhatsApp Kami<<

Hantar kami e-mel

Bagaimanakah perasaan anda bila ada orang memuji kesedapan kopi jenama anda dan pada masa yang sama ianya membantu menyihatkan badan mereka? SubhanaAllah…

Kepuasan yang tidak dapat diterjemahkan apabila anda berjaya mencipta produk kopi jenama sendiri. Ianya merupakan satu angan-angan yang menjadi kenyataan.

Jangan segan-segan untuk menghubungi kami. Kami sedia membantu anda…

Bagaimana pula dengan kawasan kilang?

Proses pengilangan kopi kami amat dijaga dengan kualiti dan kebersihannya. Kami mempunyai SOP (Standard Operation Procedur) yang dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu MesTi dan Halal oleh Jakim Malaysia. Para pekerja kami juga adalah dari yang terlatih dan setiap proses kerja dijaga rapi bagi menjamin kualiti produk yang dikeluarkan. Kilang kopi kami juga dimiliki 100% bumiputera muslim.

Tengoklah sendiri gambar- gambar di bawah :-

Jadi jangan tunggu lama lagi. Dalam dunia perniagaan, semua peniaga mesti bersetuju yang masa itu emas.

Hubungi lah kami dan marilah berbincang sambil memimum secawan kopi. Kami belanja…

*

*